Monthly Archives: June 2012

Penyelamat Dunia – Thamil Arasu

Tadi, gua ada tonton itu perlawana kelayakan ke Piala AFC 2012. Kiranya masih awal lagi. Sama ada Malaysia masuk ke pusingan kedua Piala AFC, gua tak berapa pasti memandangkan prestasi pemain-pemain kita macam air laut. Ada masa surut. Ada masa naik tanpa sebarang amaran.

Bagi gua, Thamil Arasu ni bengih. Tapi dia nakal. Dia jahat. Dia agak ganas. Tapi, ganas-jahat dia pun, dia sumbat dua gol tadi. Yang lain? Haram tak jadi-jadi. Semua memanjang bagi bola jauh. Tapi inilah pemain yang kita mahukan. Cuma beliau permainan dia agak kurang stabil. Dia tinggi, badan sasa. Tapi kurang penyudah yang berbisa. Tapi tadi, ketika dia main, gua rasa dialah satu-satunya pemain yang cemerlang dalam skuad bawah 22 tahun ini.

Bukan gua mahu puji, tapi gua lihat dia sorang sahaja yang boleh membahayakan 11 orang pemain Korea Selatan. Jadi, apa kata Ong Kim Swee cari 11 orang pemain macam Thamil Arasu. Ada beranikah? Kalau gua, tak berani. Thamil ni suka tackle orang. Kekadang, keras bukan main. Takut gua kalau semua pemain Malaysia kena buang padang sebab dapat kad kuning berkali-kali. Gua bukan nak pangkah ini pemain. Tapi Thamil Arasu ada pakej menarik kalau digilap dengan baik.

** Ya, bagi gua. Petang tadi, dialah penyelamat dunia yang terbaik untuk Skuad Malaysia bawah 22 tahun. Yang lain, bosan. Pemain pertahanan lembik. Naim pun tak berapa menjadi. Keeper? Si Izham Tarmizi tu? Masa separuh masa memang out. Nasib baik masa 2nd half, dia banyak save bola. Kalau tak, memang kenduri gol tadi.

Ps: Setiap orang ada sisi jahat dan baik. Begitu juga dengan Thamil Arasu dan gua.

Ainan Tasneem live di SMK Seksyen 18 (Shah Alam)

Gua ada minat satu penyanyi ni. Muda lagi. Teringin juga nak juga. Kalau ada kesempatan, gua memang mahu jumpa. Kalau terserempak, nak juga ambil gambar. Bagi kawan-kawan penyelamat dunia gua cemburu 18 hari berturut-turut. Tapi gua risau, peminat gua lari. Jadi, gua letak satu video untuk tatapan lu orang semua. Semoga terhibur.

Gua rasa, penyelamat-penyelamat dunia yang lain patut dengar lagu ini. Apa macam brader Batman? Lu patut dengar lagu ni dari asyik basuh lu punya batmobile. Dah la gelap. Lu basuh pun, tetap gelap hitam juga. Lainlah lu cat kaler pink. Dari hulu tembeling boleh nampak kilatnya. Haha..

** Ini video Ainan Tasneem yang nyanyi live di SMK Seksyen 18, Shah Alam.

Ps: Gua mahu jadi penyelamat dunia. Lu orang tak mahukah jadi penyelamat dunia?

Penyelamat Dunia – Hiei

Gua guna Hiei sebagai model Penyelamat Dunia untuk blog ini. Lu orang suka atau tidak. Gua tak peduli. Sampai bila gua suka Hiei? Gua tak tahu. Jangan berani tanya gua mengapa.

** Lu orang tahu Hiei jadi penyelamat dunia dalam cerita apa?

Ps: Dengan ini, blog Penyelamat Dunia sudah live di internet. Sila support gua.